Sistem e-Lesen Putrajaya merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya Bandar Mampan dan Bandar Hijau bagi mencapai visi Putrajaya menjelang tahun 2020. Tujuan ELP dibangunkan adalah untuk mengurus lesen komersil secara dalam talian untuk memudahkan proses permohonan, pembaharuan dan pemantauan lesen perniagaan di Putrajaya.
MAKLUMAN KEPADA PEMOHON
Sila Pastikan Dokumen-Dokumen Berikut Telah Tersedia Untuk Di Muatnaik (Upload) semasa proses permohonan:
Salinan pendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional
Salinan kad pengenalan pemohon ATAU Pasport
Surat kelulusan/kebenaran ubahsuai premis (jika ada ubahsuai sama ada di dalam atau di luar premis) DAN Sijil Pematuhan (CCC/CFO)
Sijil/ surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan Typhim VI & sijil Kursus Pengendali Makanan bagi semua pengendali makanan dan pekerja (untuk peniaga makanan sahaja)
Lakaran Pelan Lantai & 4 Gambar Premis (1 gambar pandangan hadapan, 1 gambar bahagian dalam, 1 gambar bahagian belakang & 1 gambar bahagian tepi untuk premis lot tepi sahaja)
Sijil perakuan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan Swasta (Tadika @ Taska)
Dokumen Tambahan Bagi Permohonan Papan Tanda Iklan Di Premis Perniagaan
Pengesahan Ejaan Penggunaan Bahasa pada visual iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Cadangan visual papan tanda iklan berwarna (menunjukkan dimensi/ saiz iklan dalam ukuran meter)
Gambar posisi pemasangan papan tanda iklan berwarna (superimpose) dan visual kaedah pencahayaan (sekiranya iklan bercahaya)
Sijil pendaftaran harta intelek Malaysia (trademark) ATAU surat pengesahan franchisor sekiranya paparan pada papan tanda iklan menggunakan NAMA/ LOGO/ TAGLINE selain dari nama syarikat yang dinyatakan dalampendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional.
Ukuran papan tanda iklan perlu mematuhi Pelan Induk Iklan dan Signage Advertisement Design Guideline (SADG). Sila rujuk Unit Pelesenan Iklan di talian 03-8000 8000 sambungan 8077 / 7657 bagi mendapatkan ukuran papan tanda iklan yang dibenarkan.
*Pemasangan Papan Tanda Iklan Sebelum Mendapat Kelulusan Dan Sijil Lesen Dari Perbadanan Putrajaya Akan Dikenakan Tindakan Penguatkuasaan Tertakluk Kepada Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2002.
Sistem Pengurusan Lesen Putrajaya
PERBADANAN PUTRAJAYA
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 PUTRAJAYA, Malaysia.
Telefon : 603 8000 8000
Faks : 603 8887 5000
Aduan : 603 8887 3000